Monday, August 30, 2010

Pemilihan 2010

1. Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) akan mengadakan pemilihan paling demokrasi yang pertama di negara ini.

2. Pemilihan akan dibuat oleh semua anggota parti. Tidak ada yang terkecuali untuk mengundi melainkan 12 orang yang digantung di Sabah baru-baru ini atau mereka yang telah melompat keluar dari parti.

3. Seperti yang diketahui banyak calon baru yang mula tawar diri untuk bertanding dalam semua peringkat sama ada di peringkat ranting, cabang dan MPP.

4. Ada juga calon yang tiada cabang dan tidak diketahui mana datang mereka ini semua turut menawarkan diri untuk memimpin parti ini.

5. Tidak diketahui apa agenda mereka yang menyertai parti ini selepas 2008 dengan alasan 'reformasi' dan selepas itu cuba tunjuk pandai untuk memimpin parti ini semula.

6. Tahun lalu, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Perak Dato Nasaruddin Hashim sertai Keadilan namun penyertaan beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh setelah beliau kembali semula menyertai Barisan Nasional bersama-sama beberapa Adun Pakatan Rakyat Perak.

7. Peristiwa hitam ini harus dipelajari dan diambil iktibar oleh semua anggota parti ini menjelang pesta demokrasi parti.

8. Harus diingat sekiranya kita tersilap memilih pemimpin kerana kita tidak mengetahui bagaimana mereka akan memandu parti ini.

No comments:

Post a Comment