Daripada 18 cabang yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing, Naib Presiden PKR Azmin Ali kini terus memecut laju meninggalkan pencabar utamanya Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut pemimpin-pemimpin cabang yang dihubungi Malaysiakini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 13 pencalonan - sembilan hari ini dan empat semalam.
Manakala pesaing terdekatnya Zaid Ibrahim yang juga penyelaras Pakatan Rakyat setakat ini mendapat lima pencalonan - dua cabang hari ini manakala tiga semalam.
Di samping kedua-dua tokoh heavyweight ini, seorang lagi naib presiden PKR Mustafa Kamil Ayub pula hari ini mula memasuki gelanggang apabila mendapat enam pencalonan.
Lima daripadanya diperoleh daripada Perak di mana beliau merupakan pengerusi perhubungannya. Ini bermakna, Mustafa Kamil kini memintas Zaid yang semalam mengekor rapat Azmin
Selain mereka, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik Tian Chua pula masih belum layak kerana hanya mendapat satu pencalonan, masing-masing di Genting Highland dan Pokok Sena.
Malaysiakini juga difahamkam Azmin turut mendapat pencalonan daripada Lipis, Sandakan, Kulim dan Bandar Baharu.
Sumber-sumber yang rapat dengan Azmin pula memaklumkan bahawa bekas setiausaha Anwar itu sudah mendapat sebanyak 18 pencalonan. Bagaimanapun setakat ini, kedua-dua maklumat itu belum dapat disahkan.
Berikut senarai cabang yang membuat pencalonan untuk jawatan berkenaan:
Azmin
Indera Mahkota, Raub, Tanah Merah Arau, Libaran, Silam, Kudat, Larut, Parit Buntar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Langkawi dan Kubang Pasu.
Mustafa Kamil
Grik, Lenggong, Bagan Serai, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kedah.
Zaid
Jerantut, Padang Rengas, Kota Bharu, Tumpat dan Alor Seta
Saturday, September 18, 2010
FMT konspirasi 4
Tatkala Parti keadilan Rakyat disanjung oleh pelbagai pihak kerana memulakan sistem “satu ahli satu undi” yang memberi setiap ahli hak untuk mengundi secara langsung, parti itu juga dibelenggui kesan sampingan daripada dasar keterbukaannya.
Sumber-sumber dalaman parti tu melahirkan kebimbangan terhadap cubaan terdesak pihak tertentu di luar parti menabur wang untuk menyokong calon tertentu bagi mengejar kedudukan lebih tinggi dalam PKR.
Cubaan ala-Umno untuk membolot jawatan dalam PKR itu berpaksi kepada penubuhan sebuah portal berita dalam empat bahasa utama dan mengupah wartawan-wartawan serta pengarang berita berpengalaman dengan gaji yang lumayan.
Portal berita itu beroperasi di sebuah bangunan mewah di kawasan dagangan elit di tengah-tengah Petaling Jaya.
Selain itu, penulis-penulis blog yang dirasakan mempunyai “saham” dalam mempengaruhi pemikiran ahli PKR dan masyarakat umum turut diberikan habuan bulanan.
Wartawan tertentu daripada portal berita saingan, turut diupah untuk menulis berita-berita yang condong kepada calon berkenaan.
Selain daripada itu, sebuah akhbar turut diterbitkan untuk memberi liputan meluas kepada calon berkenaan dan diedarkan secara percuma kepada ahli-ahli PKR sepanjang tempoh pemilihan parti.
Di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang mempunyai jumlah perwakilan terbesar di Malaysia apabila dicantumkan, pemimpin-pemimpin Cabangnya pula cuba dipengaruhi menerusi sogokan dan upah habuan untuk memberi sokongan kepada calon tertentu.
Operasi sebegitu besar membabitkan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan, satu belanja yang cukup besar, yang tentunya hanya boleh dibiayai oleh calon yang kaya raya atau pun pihak yang menyokong calon berkenaan.
Sumber-sumber parti memberitahu, penggunaan taktik-taktik sebegini amat membimbangkan pucuk pimpinan parti kerana jelas media alternatif diperalatkan untuk tujuan politik individu.
“Setiap tindakan yang tidak menepati keingininan atau pendirian calon berkenaan dan pihak yang membiayainya, akan dikecam hebat menerusi portal berita ini dan juga oleh penulis-penulis blog tertentu,” kata sumber berkenaan.
Sumber itu merujuk kepada pemalsuan fakta yang membawa kepada portal berita tertentu melaporkan kononya Anwar mahu memecat 12 pemimpin PKR Sabah kerana mahu menumpaskan cabaran pihak tertentu terhadap Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden parti.
Beberapa hari selepas itu, portal sama melaporkan hanya tiga daripada pemimpin berkenaan akan digantung setahun manakala selebihnya diberi amaran kerana terbabit dalam pendaftaran sebuah parti baru iaitu Parti Cinta Sabah tahun lalu.
Kedua-dua berita jelas bercanggah dengan keadaan sebenar tetapi disiarkan dengan tujuan khusus untuk menyerang Anwar dan pucuk pimpinan PKR serta mencerminkan calon berkenaan sebagai mangsa percaturan politik.
“Tindakan pihak tertentu mendalangi dan membiayai penubuhan sebuah portal berita dengan tujuan khusus menyerang kepimpinan PKR atas apa sahaja tindakan yang tidak dipersetujui nya adalah politik mencantas ala-Umno,” kata sumber itu.
“Yang paling mendukacitakan ialah orang kita sendiri yang sanggup menjadi alat kepada golongan ini, semata-mata kerana inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam parti,” tambah sumber itu.
Beliau berkata penggerak kepada segala pemalsuan laporan dan penubuhan portal berita untuk mengecam PKR adalah seorang yang dikenali sebagai The Black Rajah atau pun Raja Hitam.
The Black Rajah dikatakan telah memberi tawaran lumayan kepada pengarang dan wartawan-wartawan Malaysiakini untuk menyertai portal berita itu baru-baru ini.
“Wartawan-wartawan yang diambil diberitahu bahawa mereka akan bebas melaporkan apa sahaja sebagaimana mereka melakukan di Malaysiakini. Hanya sekarang wartawan-wartawan berkenaan sedar mereka sebahagian daripada perancangan halus untuk menentukan keputusan pemilihan PKR,” tambah sumber itu.
Seorang wartawan, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau mendapat gaji hampir dua kali ganda untuk bekerja dengan majikan barunya dan “saya juga dijanjikan kebebasan membuat laporan seperti semasa saya di Malaysiakini,” tambah beliau.
“Namun kami di sini banyak di minta member tumpuan kepada berita-berita PKR khususnya pemimpin tertentu. Saya kurang selesa dengan apa yang berlaku sekarang,” tambah beliau.
The Black Rajah juga dilaporkan sering ke Sabah dan Sarawak untuk mengatur majlis-majlis bagi mendapatkan sokongan bagi calon tertentu.
“ini semua adalah sebahagian daripada perancangan oleh Black Rajah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 70 pencalonan bagi calon tajaan “bosnya” yang mengeluarkan segala belanja,” tambah sumber berkenaan.
Persoalannya : Kenapa keperluan untuk membiayai sesuatu calon untuk mendapat jawatan tinggi dalam PKR, sebuah parti yang paling muda usianya dalam Pakatan Rakyat, dan menjadi sasaran utama dalam setiap kecaman Umno-BN.
Jawapannya terletak pada hakikat Pakatan itu sendiri amat berpotensi menerajui negara pada PRU akan datang, menerusi ketua umumnya Anwar Ibrahim .
Ini sudah cukup menjadi penggerak untuk pihak tertentu dalam PKR cuba merebut jawatan lebih tinggi dengan harapan untuk mendapat habuan jika PR memerintah .
Senario yang tidak kurang menarik ialah calon berkenaan mempersiapkan diri untuk mengambil alih tempat Anwar jika ketua pembangkang itu dihumban sekali lagi ke penjara kerana perbicaraan konspirasi fitnah kedua.
“Calon ini belum setahun jagung dalam parti tetapi beliau mempunyai sokongan The Black Rajah dan penaja yang cukup kaya. Tindakan bersepadu mereka untuk memperalatkan media alternatif dan mempengaruhi perwakilan adalah membimbangkan,” tambah sumber itu.
“Serangan-demi serangan dibuat terhadap Anwar, malah the Black Rajah cuba menabur fitnah bahawa tuduhan yang dihadapi oleh Anwar adalah benar. Semua ini dilakukan oleh anasir-ansir luar parti tetapi mereka di sokong oleh calon yang amat bercita-cita tinggi ini,” tambah sumber itu.
Sumber itu memberitahu PKR memberi ruang yang cukup luas untuk ahli menyertai proses politik parti itu yang kadang-kadang membawa kepada perbahasan dan “ pertikaian terbuka”, dalam semangat demokrasi dan ketelusan.
Meskipun mengamalkan politik keterbukaan itu, PKR tidak lali daripada cubaan pihak tertentu untuk merebut jawatan menggunakan taktik-taktik halus dan belanja besar.
Ditanya apakah pendirian Anwar, sumber itu berkata ketua pembangkang itu “bukan buta kepada apa yang sedang dibuat oleh portal berita upahan dan tindak tanduk the Black Rajah.”
“Namun Anwar percaya kepada kematangan ahli untuk menolak taktik-taktik ini. Beliau tidak sekali-kali akan membenarkan PKR dan pemimpin menjadi tali barut kepada mana-mana pihak di dalam atau dari luar Negara,” tegas sumber itu.

Friday, September 17, 2010
'Zaid bankrap, guna politik murahan'
Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.
Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi (kiri) Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:
"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."
Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.
Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.
Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.
Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin (kanan) pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"
"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.
Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.
Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan".

FMT konspirasi 3
Yang menarik mengenai kumpulan yang mahu mengambil alih kuasa dalam PKR ialah mereka yang berada di luar barisan pimpinan. Ini bukan bererti mereka tidak tahu menggunakan orang dalam untuk merampas kuasa tetapi fasa itu telah dicuba tetapi gagal.
Pada awalnya kumpulan ini mengenal pasti beberapa pemimpin berpotensi untuk ditaja. Dengan sokongan kewangan pemimpin-pemimpin ini dihulurkan dengan pelbagai maklumat dan hujah supaya kelihatan cerdik dan boleh mempengaruhi bukan sahaja rakyat jelata tetapi pimpin tertinggi dalam parti.
Cara ini berhasil meletakkan beberapa muka diberi kepercayaan memegang jawatan penting dalam parti. Melalui prasarana parti sendiri, kumpulan ini menggerakkan pemimpin upahan mereka itu untuk mempengaruhi halatuju parti.
Nasib baik PKR tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai akal budi yang luhur dan tinggi. Kemaraan idea dan ideologi soldadu upahan ini secara lumrah bersilang pandangan dengan pemimpin-pemimpin sejati parti. Sebab itu sering terjadi pertembungan idea dan perbalahan dalam parti.
Apabila pemimpin upahan ini kalah hujah atau dalang mereka dapat dilondehkan, mereka bergegas keluar parti. Ada yang terus menghilangkan diri tetapi ada yang menyalak dari luar memburuk-burukkan parti, khususnya Anwar Ibrahim.
Oleh itu, kumpulan yang menyusun konspirasi ini terpaksa bertindak sendiri. Semua sokongan moral dan juga kewangan ditarik balik dan menyusun pula mereka yang telah terpelanting dari medan kepimpinan parti untuk meneruskan serangan terhadap parti. Ingat lagi tak usaha hendak tubuhkan secretariat untuk ahli-ahli parlimen bebas? Ia masih bergerak sebab penajaan masih berjalan.
Apabila pemikiran mereka tidak mudah ditelan oleh pimpinan parti, kumpulan ini terpaksa berhadapan sendiri dengan pimpinan kanan parti. Pun mereka sering kalah hujah. Akhirnya, mereka pun menggerakkan plan B dengan menggunakan media mereka yang telah disusun rapi sebelum ini untuk menyerang kepemimpinan parti.
Hasil terbesar pelaburan mereka dalam bidang ini ialah apabila media arus perdana mula mengutip laporan portal ini yang memburukkan kepimpinan dalam isu seperti penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah kerana berusaha tubuh parti cinta sabah kerana calon sokongan mereka tidak dipilih untuk memimpin PKR Sabah.
Kini jelas siapakah mereka di luar parti tetapi berusaha menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk membeli hak untuk menerajui PKR. Proses pemilihan parti kali ini benar-benar melontarkan mereka di tengah gelanggang. Dan, mereka tidak dapat menyembunyikan wajah dan niat sebenar.

Thursday, September 16, 2010
FMT Konspirasi Baru 2
Konspirasi memang asam garam politik. Tetapi dalam kes politik Malaysia paling banyak konspirasi politik disasarkan kepada Anwar Ibrahim dan PKR pimpinannya. Yang menariknya bukan sahaja konspirasi ini digerakkan dari luar parti, malah ia menyelinap ke dalam parti.
Soal ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dan PKR dari luar parti memang mudah difahami. Sebab jika Anwar atau PKR tersungkur, tidak adalah Pakatan Rakyat. Jika PR berpecah, kekallah hegemoni Umno dan Barisan Nasional. Sebab itu macam-macam fitnah dihambur terhadap Anwar, penyokongnya, partinya dan juga negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR.
Bagaimanapun konspirasi hendak jatuhkan Anwar dan PKR dari dalam kini semakin jelas. Menjelang pemilihan parti makin nyata kelihatan gerakan untuk jatuhkan Anwar dan ambil alih PKR dari dalam. Lebih menarik lagi bila gerakan ini mendapat simpati dan tajaan dari luar, khususnya Umno.
Strategi mereka mudah. Awal-awal lagi sudutkan Anwar hingga boleh lumpuhkan pengaruhnya. Caranya ialah secara terbuka hamburkan profil politik calon-calon yang mahu bertanding. Pilih yang hendak dicantas dan labelkan mereka sebagai orang Anwar. Penjenamaan ini sekaligus akan member gambaran betapa Anwar tidak berkecuali; justeru tidak demokratik; dan, menuju kea rah autokratik.
Langkah ini dipilih untuk yakinkan ahli parti bukan Melayu betapa Anwar masih menghayati budaya Umno. Kononnya Anwar mahu kroni – hampir semua Melayu – menguasai parti. Sebab itu, tempat yang paling mudah menyebar benih kebencian terhadap rasisme Anwar ialah di Sabah dan Sarawak.
Sebab itu, kumpulan ini bermati-matian mahu hidupkan isu remeh temeh politik Sabah dan Sarawak. Walaupun pemimpin-pemimpin PKR berusaha menangani sebarang isu di kedua-dua negeri ini seberapa baik dan telus mungkin, kumpulan ini berusaha menyemarakkannya sebagai isu hidup-mati PKR.
Cara sebar propaganda ini nyata. Kumpulan ini memang sudah lama menyediakan peralatan dan jentera fitnah mereka. Mereka juga mengatur wartawan di dalam beberapa portal berita masuk dalam senarai penembak curi mereka. Kemudian mereka kumpulkan beberapa wartawan lain yang mahir pelbagai bahasa dalam portal yang mendakwa bebas Free Malaysia Today.
Apa yang tidak boleh ditulis dalam portal ini akan didedahkan portal-portal berita lain seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Di samping itu mereka juga mengupah blogger tertentu untuk membuat pelbagai komentar halehwal parti. Jadi dengan sokongan kewangan yang cukup besar mereka mampu menguasai beberapa portal untuk secara serentak melakukan serangan dari pelbagai sisi terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.
Apakah tema yang mereka gunakan? Siapakah yang menentukan peluru yang hendak digunakan? Siapakah mereka yang diperalatkan di dalam parti dan siapa pula yang menjadi dalang di luar parti?

Wednesday, September 15, 2010
AZMIN TAWAR DIRI PRESIDEN
Kenyataan MEDIA YB Mohamed Azmin Ali
Mengenai Pemilihan KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.
Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.
Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.
Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi ikrar sokongan padu kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih serta rasa hormat saya kepada Dr. Syed Husin Ali di atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.
Dr. Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini.
Teras prinsip perjuangan beliau yang menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti.
Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawadhu’ dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai Timbalan Presiden.
Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi.
Saya turut berazam untuk memastikan Pemilihan Kepimpinan 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.
Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, saya berikrar untuk bersama-sama dengan anggota-anggota parti dan rakyat di Sabah dan Sarawak untuk menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13 demi kesejahteraan rakyat selaras dengan Permahsyuran Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, yang menjanjikan keadilan serta pembelaan maruah dan harga diri setiap warganegara tidak kira kaum mahupun agama.
MOHAMED AZMIN ALI
16 September 2010

NO 2: Azmin lebih layak dari Zaid
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dilihat sebagai tokoh yang terbaik untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat di peringkat tertinggi berbanding calon-calon yang lain. Beliau yang berjuang bersama Keadilan semenjak awal penubuhan telah mengorbankan jawatan dan bersama rakyat dalam perjuangan reformasi.
Cakap-cakap orang mengenai 'Azmin Pro Umno' terhakis apabila dakwaan dan tipu helah yang dibawa oleh geng-geng Ezam Mohd Nor dari semenjak awal penubuhan reformasi telah membuktikan kesetiaan Azmin setia bersama perjuangan Anwar Ibrahim sehingga kini. Penyertaan Ezam ke Umno membuktikan siapa sebenarnya pengkianat dalam reformasi.
Imej segak, kemas dan bijak dalam hal ehwal pengurusan, Azmin punyai susuk yang mampu membawa parti ini ke Putrajaya bersama Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menjawat jawatan sebagai Setiusaha Sulit Anwar ketika menjadi pemimpin itu Timbalan Perdana Menteri, Azmin antara tokoh yang dipercayai anggota parti sebagai tokoh selepas Anwar.
Bekas Menteri di JPM Dato Zaid Ibrahim dilihat pencabar terdekat Azmin Ali dalam merebut jawatan Timbalan Presiden. Namun bagaimanapun, Zaid akan melalui laluan sukar untuk untuk jawatan berkenaan. Walaupun baru setahun jagung menyertai Keadilan, Zaid telah menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan berkenaan.
Menuduh dirinya akan menjadi seperti Ghafar Baba ketika pemilihan parti ini, Zaid Ibrahim takut dengan bayang-bayang sendiri selepas menawarkan diri untuk bertanding menentang Azmin dan Anwar.
Dengan tawaran wang ringgit untuk mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden, Zaid akan menjadikan parti ini kotor sepertimana budaya Umno yang dibawanya kedalam Keadilan. Orang sebegini harus ditolak anggota parti! Selamatkan Keadilan

FMT Konspirasi Baru 1
Nampaknya yang melantik diri menjadi juri dalam kes 12 pemimpin PKR di Sabah dikenakan tindakan disiplin kerana cuba menubuhkan sebuah parti politik baru sebab calon mereka, Jeffrey Kitingan tidakterpilih memimpin PKR Sabah ialah portal berita Free Malaysia Today.
Dengan bertopengkan tulisan seorang blogger, Haris Ibrahim, kakitangan FMT sengaja menghebohkan hujah dangkal dan tidak beretika blogger berkenaan untuk memburukkan pimpinan PKR; khususnya Anwar Ibrahim.
Keghairahan FMT ini amat menarik perhatian. Isu itukini menjadi tumpuan FMT. Soal ada perjanjian damai di antara 12 penyokong Jeffrey Kitingan dengan pimpinan PKR sering diungkit. Seolah-olah tiada isu lain yang lebih besar yang patut dilaporkan dalam kolum Pakatan Rakyatnya. Ini menimbulkan banyak persoalan.
Mengapa soal Umno makin galak guna isu perkauman dan agama seperti cuba adudombakan istana Selangor dengan DAP berhubung kes kesucian masjid dan surau tercemar jika dikunjungi pemimpin bukan Islam, misalnya, tidak penting bagi portal itu? Yang menjadi tumpuannya ialah tetap 12 pemimpin PKR Sabah.
Jika benar ada perjanjian damai, mana buktinya? Perjanjian di antara siapa? Bila dan apa butirnya? Sedihnya bila ternyata Haris tersilap lapor dan ada kenyataan rasmi PKR yang membetulkannya, FMT langsung tidak menunjukkan tanggungjawab moral untuk membuat ralat. Timbalan presiden PKR,Syed Husin Ali berkata tidak benar hanya tiga daripada 12 digantung keahlian dan 9 lagi dibebaskan.
Sebaliknya, kesemua 12 digantung keahlian sehingga siasatan selesai. Kelihatan seolah-olah FMT sudah meniru perangai akhbar arus perdana, terutama Utusan. Cara dan gerak kerja sama – usah pedulikan fakta jika tidak menyokong hujah – dan matlamat pun sama – serang kewibawaan PKR, terutama Anwar Ibrahim.
Yang jelas FMT tidak berkasar dengan PAS atau DAP. Ia lebih berminat menyerang PKR. Apa sebabnya; apa motifnya, dan, siapakah di belakangnya?

Thursday, September 9, 2010
UCAPAN AIDILFITRI DARI AZMIN ALI
Salam Eidul Fitr. Taqobalallahu minna wa minkum. Minal'aidin wal faizin kullu 'amin wa antum bi khoir. Saya pohon maaf zahir dan batin. Kita kembali kepada khittah landasan perjuangan. Menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan, menjana perubahan Menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan, menjana perubahan
Wednesday, September 8, 2010
Zaid Ibrahim : Are his intentions honorable?
http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/2010/09/zaid-ibrahim-are-his-intentions.html
I do not know Zaid Ibrahim. I first heard of him when Pak Lah reshuffled his cabinet and appointed him as a Minister in the Prime Minister’s Department to oversee legal affairs and judicial reform. That same day a comment from one of my PAS friend over lunch made me take note. He asked me if Pak Lah knew who Zaid really is? I looked over to him across the table and waited for him to continue. He did not. I left it at that because I know better then to ask for more than what he was prepared to tell me.
The next time I heard about Zaid was when he said that the government had to apologise to Tun Salleh Abbas for his sacking as Lord President of the Supreme Court because:
"Serious transgressions has been committed by the previous administration…. and we are sorry."
I thought that while it sounded good it was only putting into words what Pak Lah himself felt about the whole matter!
By now I have heard of the rumblings within UMNO against Zaid. Pak Lah himself was having problems trying to deflect these rumblings. Matters came to a head when UMNO supreme council decided to sack Zaid for attending a PKR congress. If anything this confirms to me that people with money will do what they want to do – and Zaid had the money to attend a PKR congress while he was still in UMNO and damm the consequence - UMNO or no UMNO.
Less than a year later he was with PKR.
In the time that he has been with PKR he has made all the right noises and done the right things to make us think that this was a man prepared to work to make PKR stronger from within and without. It seems that everything he did was for the good of the party. I told myself that PKR had need of people like him.
But you are either pregnant or you are not. You are either a politician or you are not one. A politician without power or position is a politician with nothing. Zaid had already lost a by-election in the Hulu Selangor in April 2010 and he had nothing.
I started to see attempts by Zaid towards self-promotion of himself within PKR and Pakatan Rakyat – more as a statesman within Pakatan Rakyat - as the fabric that held Pakatan Rakyat together. The man prepared to do the hard work to keep things together for PR.
Just less then two months ago he had confirmed that he would not contest for any post within PKR and saw his role as the “campaign manager”.
Konspirasi Politik ...Anwar dan PKR jadi sasaran
Soal ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dan PKR dari luar parti memang mudah difahami. Sebab jika Anwar atau PKR tersungkur, tidak adalah Pakatan Rakyat. Jika PR berpecah, kekallah hegemoni Umno dan Barisan Nasional. Sebab itu macam-macam fitnah dihambur terhadap Anwar, penyokongnya, partinya dan juga negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR.
Bagaimanapun konspirasi hendak jatuhkan Anwar dan PKR dari dalam kini semakin jelas. Menjelang pemilihan parti makin nyata kelihatan gerakan untuk jatuhkan Anwar dan ambil alih PKR dari dalam. Lebih menarik lagi bila gerakan ini mendapat simpati dan tajaan dari luar, khususnya Umno.
Strategi mereka mudah. Awal-awal lagi sudutkan Anwar hingga boleh lumpuhkan pengaruhnya. Caranya ialah secara terbuka hamburkan profil politik calon-calon yang mahu bertanding. Pilih yang hendak dicantas dan labelkan mereka sebagai orang Anwar. Penjenamaan ini sekaligus akan member gambaran betapa Anwar tidak berkecuali; justeru tidak demokratik; dan, menuju kea rah autokratik.
Langkah ini dipilih untuk yakinkan ahli parti bukan Melayu betapa Anwar masih menghayati budaya Umno. Kononnya Anwar mahu kroni – hampir semua Melayu – menguasai parti. Sebab itu, tempat yang paling mudah menyebar benih kebencian terhadap rasisme Anwar ialah di Sabah dan Sarawak.
Sebab itu, kumpulan ini bermati-matian mahu hidupkan isu remeh temeh politik Sabah dan Sarawak. Walaupun pemimpin-pemimpin PKR berusaha menangani sebarang isu di kedua-dua negeri ini seberapa baik dan telus mungkin, kumpulan ini berusaha menyemarakkannya sebagai isu hidup-mati PKR.
Cara sebar propaganda ini nyata. Kumpulan ini memang sudah lama menyediakan peralatan dan jentera fitnah mereka. Mereka juga mengatur wartawan di dalam beberapa portal berita masuk dalam senarai penembak curi mereka. Kemudian mereka kumpulkan beberapa wartawan lain yang mahir pelbagai bahasa dalam portal yang mendakwa bebas Free Malaysia Today.
Apa yang tidak boleh ditulis dalam portal ini akan didedahkan portal-portal berita lain seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Di samping itu mereka juga mengupah blogger tertentu untuk membuat pelbagai komentar halehwal parti. Jadi dengan sokongan kewangan yang cukup besar mereka mampu menguasai beberapa portal untuk secara serentak melakukan serangan dari pelbagai sisi terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.
Apakah tema yang mereka gunakan? Siapakah yang menentukan peluru yang hendak digunakan? Siapakah mereka yang diperalatkan di dalam parti dan siapa pula yang menjadi dalang di luar parti?
Zaid guna Utusan dan Media untuk jatuhkan Azmin
Zaid Ibrahim nampaknya mengunakan pengaruh Utusan untuk menjatuhkan Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden.
Sebelum ini, Bekas Menteri yang menyertai parti ini tahun lalu telah menyatakan hasrat tidak berminat untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti. Walaubagaimanapun pada awal bulan ini beliau telah mengumumkan untuk bertanding.
Selepas pengumuman yang menyatakan hasratnya untuk bertanding, media-media Umno telah menunjukan kesediaan untuk membantu Zaid Ibrahim memenangi jawatan berkenaan seterusnya menyerang pucuk kepimpinan parti yang sedia ada.
Untuk makluman, media rasmi parti, Suara Keadilan telah dibatalkan permit dan menjadikan media parti ini lumpuh.
Menjadi amalan Zaid dalam mencari publisiti, beliau mengambil peluang untuk menubuhkan akhbar baru 'Mingguan Era' untuk pasaran semenanjung dan sebuah lagi tabloid di Sabah dan Sarawak.
Zaid juga yang dipecayai tulang belakang bagi Free Malaysia Today telah mengunakan media itu sejak awal untuk menyerang parti ini.
Berikut adalah laporan media yang dikatakan PRO ZAID:

Zaid perlu korban 'jiwa dan raga' untuk rebut Timbalan Presiden
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang berhasrat merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini diminta 'bercermin diri' terlebih dahulu.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu perlu memutuskan sama ada beliau sanggup berkorban 'jiwa dan raga' untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun tidak.
Katanya, jika Zaid tidak sanggup membuat pengorbanan 'sehebat' yang dilakukan Naib Presiden, Azmin Ali, lebih baik beliau melupakan niatnya untuk bertanding jawatan nombor dua parti berkenaan.
"Tiada individu dalam PKR yang pernah membuat pengorbanan 'sehebat' Azmin kepada Anwar.
"Malah saya boleh katakan, mungkin pengorbanan Ahli Parlimen Gombak ini antara paling besar dalam sejarah politik tanah air sehingga menyebabkan Anwar begitu sayang kepadanya.
"Zaid adalah seorang tokoh politik berkaliber tetapi soalnya adakah beliau sanggup dan bersedia berkorban seperti yang dilakukan Azmin?
"Jika tidak nasihat saya, adalah lebih baik beliau membatalkan sahaja niatnya untuk menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kekecewaan Zaid yang mendakwa dirinya dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan liar selepas mengumumkan mahu merebut jawatan nombor dua PKR yang turut ditandingi Azmin sebagai calon pilihan.
Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, dalam keadaan sekarang adalah sukar penyelaras pakatan pembangkang itu memecahkan 'kasih-sayang' Anwar dan Azmin walaupun beliau mempunyai sumber kewangan yang banyak.
Ini kerana, tegasnya, walaupun Zaid dilabelkan seorang yang liberal, tetapi beliau yakin pengamal undang-undang itu tidak sanggup melakukan pengorbanan besar terhadap parti itu.
Dalam pada itu, Mohd. Zahid 'mengalu-alukan' hasrat Azmin bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana langkah diambil oleh Naib Presiden kesayangan Anwar itu jelas membuktikan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini iaitu PKR adalah sebuah parti 'bateri 3A'.
"Hasrat Azmin jelas membukti bahawa dakwaan pelbagai pihak yang PKR adalah parti 3A iaitu Anwar, Azmin dan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berasas dan bukannya tuduhan kosong.
"Namun begitu, Azizah hanya simbol dan boneka sahaja kerana yang lebih berkuasa adalah Azmin dan Anwar," katanya.
Tuesday, September 7, 2010
Zaid Pernah Saman Hudud
PATUTKAH PEMIMPIN SEPERTI INI DITERIMA KEADILAN?
Rang undang-undang hudud, kerajaan negeri kena saman
Arfa?eza A Aziz
Jun 14, 02 10:27am
Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim.
Oleh itu, beliau berkata Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 adalah tidak sah dan tidak ada kuatkuasanya.
Zaid yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru, berkata demikian ketika mengemukakan permohonan saman untuk mendapat pengisytiharan tersebut di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga memfailkan satu permohonan untuk mempercepatkan pendengaran kes itu memandangkan Kerajaan Terengganu dijangka membentangkan rang undang-undang hudud itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri mulai 7 Julai depan.
Permohonan itu dibuat melalui firma guamannya Tetuan Zaid Ibrahim & Co di mana beliau adalah pengarah urusannya.
Zaid kemudiannya memberitahu pemberita bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin, beliau bertanggungjawab untuk memohon perisytiharan itu kerana khuatir kerajaan negeri bebas untuk mencabar kerajaan pusat jika isu itu tidak diputuskan oleh mahkamah.
Beliau berpendapat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seolah-olah mencabar kerajaan pusat apabila Kelantan meluluskan enakmen syariahnya pada 1993, manakala Terengganu pula mahu membentang rang undang-undang hudud itu bulan depan.
Zaid juga berpendapat bahawa apa-apa undang-undang jenayah walau apa pun gelarannya, sepatutnya dibuat oleh Parlimen seperti yang termaktub di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.
Prosedur undang-undang
Semua orang, termasuk pemimpin kerajaan negeri mestilah menghormati dan mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang persekutuan yang lain, katanya.
Jika tidak orang ramai akan menyoal mengapa menteri-menteri besar dibenarkan melanggar undang-undang, tambahnya.
“Ini bukan soal agama atau undang-undang Islam tetapi soal prosedur undang-undang yang mesti dipatuhi,” katanya.
Dalam permohonannya, Zaid berkata perbuatan-perbuatan yang dicadangkan dikenakan hukuman dalam rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen Syariah Kelantan telahpun diperuntukan didalam undang-undang persekutuan.
Dia juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kedua-dua rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen syariah Kelantan itu sebagai tidak sah dan menyalahi peruntukan Perlembagaan.
Di dalam affidavitnya pula Zaid berkata: “Saya kira kebebasan asasi yang saya sendiri nikmati sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan sebagai pemastautin negeri Kelantan, telah terancam oleh sebab cadangan perundangan tersebut.”
Berdasar kepada kepercayaannya, beliau berkata, bahawa seluruh perundangan itu tidak sempurna pada segi zahirnya dan tidak sempurna dari mulanya.
Zaid juga adalah ahli pengasas dan presiden pertama bagi Persatuan Peguam-peguam Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Kelantan.
Monday, August 30, 2010
Pemilihan 2010
1. Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) akan mengadakan pemilihan paling demokrasi yang pertama di negara ini.
2. Pemilihan akan dibuat oleh semua anggota parti. Tidak ada yang terkecuali untuk mengundi melainkan 12 orang yang digantung di Sabah baru-baru ini atau mereka yang telah melompat keluar dari parti.
3. Seperti yang diketahui banyak calon baru yang mula tawar diri untuk bertanding dalam semua peringkat sama ada di peringkat ranting, cabang dan MPP.
4. Ada juga calon yang tiada cabang dan tidak diketahui mana datang mereka ini semua turut menawarkan diri untuk memimpin parti ini.
5. Tidak diketahui apa agenda mereka yang menyertai parti ini selepas 2008 dengan alasan 'reformasi' dan selepas itu cuba tunjuk pandai untuk memimpin parti ini semula.
6. Tahun lalu, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Perak Dato Nasaruddin Hashim sertai Keadilan namun penyertaan beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh setelah beliau kembali semula menyertai Barisan Nasional bersama-sama beberapa Adun Pakatan Rakyat Perak.
7. Peristiwa hitam ini harus dipelajari dan diambil iktibar oleh semua anggota parti ini menjelang pesta demokrasi parti.
8. Harus diingat sekiranya kita tersilap memilih pemimpin kerana kita tidak mengetahui bagaimana mereka akan memandu parti ini.

Subscribe to:
Comments (Atom)