Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dilihat sebagai tokoh yang terbaik untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat di peringkat tertinggi berbanding calon-calon yang lain. Beliau yang berjuang bersama Keadilan semenjak awal penubuhan telah mengorbankan jawatan dan bersama rakyat dalam perjuangan reformasi.
Cakap-cakap orang mengenai 'Azmin Pro Umno' terhakis apabila dakwaan dan tipu helah yang dibawa oleh geng-geng Ezam Mohd Nor dari semenjak awal penubuhan reformasi telah membuktikan kesetiaan Azmin setia bersama perjuangan Anwar Ibrahim sehingga kini. Penyertaan Ezam ke Umno membuktikan siapa sebenarnya pengkianat dalam reformasi.
Imej segak, kemas dan bijak dalam hal ehwal pengurusan, Azmin punyai susuk yang mampu membawa parti ini ke Putrajaya bersama Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menjawat jawatan sebagai Setiusaha Sulit Anwar ketika menjadi pemimpin itu Timbalan Perdana Menteri, Azmin antara tokoh yang dipercayai anggota parti sebagai tokoh selepas Anwar.
Bekas Menteri di JPM Dato Zaid Ibrahim dilihat pencabar terdekat Azmin Ali dalam merebut jawatan Timbalan Presiden. Namun bagaimanapun, Zaid akan melalui laluan sukar untuk untuk jawatan berkenaan. Walaupun baru setahun jagung menyertai Keadilan, Zaid telah menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan berkenaan.
Menuduh dirinya akan menjadi seperti Ghafar Baba ketika pemilihan parti ini, Zaid Ibrahim takut dengan bayang-bayang sendiri selepas menawarkan diri untuk bertanding menentang Azmin dan Anwar.
Dengan tawaran wang ringgit untuk mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden, Zaid akan menjadikan parti ini kotor sepertimana budaya Umno yang dibawanya kedalam Keadilan. Orang sebegini harus ditolak anggota parti! Selamatkan Keadilan
No comments:
Post a Comment